Kesempatan yg ada dapat merasai hanya 2 Ramadhan dibumi cik siti wan kembang 18 &19 Jun 15

Bukan senang nak jumpa bulan ramadhan di kampung halaman...tapi tahun ni syukur alhamdulillah dapat menikmati walaupun hanya seketika...
Kemeriahan di bazar ramadhan stadium kota bharu...memang ramai meriah sesangat..

Nampak tu kuih jala mas & kuih buah tanjung memang menyelerakan

Pelbagai juadah boleh di dapati di sini
SYURGA MAKANAN

Slurppppp

Wah! panggang2 pun ada 

Jom cuci2 mata di bulan puasa

Sedap daging bakar nie dengan rasa rempahnya

Memang harumnya..

Santai petang di tepian pantai dungun sehari sebelum melapor politeknik

13 Jun 2015:
Udara yang segar memang best sangat ke sini..tambahan pulak ada pelbagai makanan seafood & buahan di jual disini.saya tertarik dengan satu tempat ni dimana ramai orang ke gerai ini..gerai ini memang menyajikan makanan seafood yang fresh..
Nak cari gerai ni senang je dia tak jauh dari seaview inn hanya bersebelahan sahaja..tapi di gerai ni tak boleh pergi lewat,jika kita lewat alamak aduss terlepas la makanan yang kita inginkan .jom cuba la jjcm ke sana...
Inilah makanan seafood tu memang sedap dengan sosnya & harga pun berpatutan.. Macam2 kita boleh jumpa makanan di sini tapi memang berbaloi la ada IKAN CELUP TEPUNG, SOTONG CELUP TEPUNG, UDANG CELUP TEPUNG, FISHBALL, ISI KETAM, SOSEJ, POPIA GORENG, KEROPOK LEKOR, PISANG GORENG, LAKSAM, LAKSA TEGANU, LAKSA PENANG, BIHUN GORENG & MEE GORENG serta macam2 air ada kat situ...fuh memang terbaik warung nie...

Nampak isi kuning tu.. wow memang dah tahu semestinya durian yang enak dan sedap...berlonggok2 di jual di tepian pantai kat sini...walau harga masih mahal tetapi pengunjung tetap membelinya..

Nampak tu cik hubby dah memilih tu hehehe

Nampak durian kampung tu jauh datangnya dari johor nie..tapi takpe la boleh kita menumpang makan sekali pasti melazatkan ori punya..

Punya fokus suami isteri ni dengan aksi membuka durian...memang jarang dapat merasa durian kampung katakan..so pantang jumpa..

Dah penat membuka apa lagi jom kita makan & menikmati buah durian ni tak cukup tkpe kat tepi tu ada lagi la huhuhu..gerai tu masih ramai dengan penggemar durian walaupun hari sudah masuk waktu maghrib.. Jom apa lagi balik ke hotel la kita hari sudah malam la...suatu hari pasti saya akan ke sini lagi..

POLITEKNIK DUNGUN (PSMZA) JUN/2015

14 Jun 2015:
Assalamualaikum semua.. Bersua kembali di tahun 2015...banyak cerita menarik yang saya nak kongsi sebenarnya tapi di sebabkan kesibukan tugas harian membuatkan tak sempat nak tulis di blog nie... Hari ni terpaksa berpisah dengan seorang lagi anak saya...apa pun redha je la demi ilmu untuk nya di masa depan kelak...Ibu bapa mana tak sedih bila berjauhan dengan anak2nya kan..apa pun kuat kan lah semangat kami ya allah...

Seawal 7.50 pagi dah sesak dipenuhi kenderaan ibubapa memang ramai sangat

Ni la pak graud yang setia melayan gelagat ibu bapa sepanjang pendaftaran

Sewaktu pendaftaran bermula

Ini lah anak mama yang hansome...kih3..jaga diri elok2 di tempat orang ya nak...belajar rajin2 semoga berjaya diploma dan akan melanjutkan ke degree pulak nnti insha allah...mudahan cita2mu tercapai amin...
Ini lah KAMSIS anak saya..hujung betul kamsisnya...takpe la janji ada tempat tinggalkan

Ini lah bilik anak saya...dalam satu bilik tu ada 2 katil..tapi ok la tu, tu pun dah memadaikan

Ini ada lah DEWAN KULIAH UTAMA dimana tempat taklimat tuk ibubapa diadakan semasa pendaftaran

Dan yang paling teruja di sini sebab dia berdekatan hutan di sekelilingnya ada binatang ni berkeliaran di sini...so terpaksa berwaspada la anak2 sekelian.. Silap2 makanan habis di kerjakan dengan si cilik ni...dah macam zoo pulak tempat ni..