13 Jun 2015:
Udara yang segar memang best sangat ke sini..tambahan pulak ada pelbagai makanan seafood & buahan di jual disini.saya tertarik dengan satu tempat ni dimana ramai orang ke gerai ini..gerai ini memang menyajikan makanan seafood yang fresh..
Nak cari gerai ni senang je dia tak jauh dari seaview inn hanya bersebelahan sahaja..tapi di gerai ni tak boleh pergi lewat,jika kita lewat alamak aduss terlepas la makanan yang kita inginkan .jom cuba la jjcm ke sana...
Inilah makanan seafood tu memang sedap dengan sosnya & harga pun berpatutan.. Macam2 kita boleh jumpa makanan di sini tapi memang berbaloi la ada IKAN CELUP TEPUNG, SOTONG CELUP TEPUNG, UDANG CELUP TEPUNG, FISHBALL, ISI KETAM, SOSEJ, POPIA GORENG, KEROPOK LEKOR, PISANG GORENG, LAKSAM, LAKSA TEGANU, LAKSA PENANG, BIHUN GORENG & MEE GORENG serta macam2 air ada kat situ...fuh memang terbaik warung nie...
Nampak isi kuning tu.. wow memang dah tahu semestinya durian yang enak dan sedap...berlonggok2 di jual di tepian pantai kat sini...walau harga masih mahal tetapi pengunjung tetap membelinya..
Nampak tu cik hubby dah memilih tu hehehe
Nampak durian kampung tu jauh datangnya dari johor nie..tapi takpe la boleh kita menumpang makan sekali pasti melazatkan ori punya..
Punya fokus suami isteri ni dengan aksi membuka durian...memang jarang dapat merasa durian kampung katakan..so pantang jumpa..
Dah penat membuka apa lagi jom kita makan & menikmati buah durian ni tak cukup tkpe kat tepi tu ada lagi la huhuhu..gerai tu masih ramai dengan penggemar durian walaupun hari sudah masuk waktu maghrib.. Jom apa lagi balik ke hotel la kita hari sudah malam la...suatu hari pasti saya akan ke sini lagi..
No comments:
Post a Comment