LAKSA SARAWAK HOMEMADE

Hari ni sarapan pagi dengan Menu favorite anak anak HOMEMADE 'LAKSA SARAWAK' kerana dirimu sangat berharga wahai suami & anakku....kau la segalanya bagiku.. Air tangan seorang isteri & ibu tak dapat di tandingi dgn orang lain.. Alhamdulillah.. Ya allah ku bersyukur atas anugerah yg kau beri ini kepadaku takkan ku siakan nya...Insyaallah..
 

RESEPI: LAKSA SARAWAK 

Bahan-bahan:
300gm perencah laksa sarawak
250ml pati santan
Air rebusan ayam & udang secukupnya
2 ketul kiub pati ayam
1 batang serai dititik
2 sudu kecil garam
Bihun 2 bungkus di celur
Sambal belacan(cili belacan bhn perisa di masak pekat)
Daun ketumbar
Telur dadar
Ayam di carik
Udang
Taugeh

Cara-cara:
Masuk semua perencah dan semua bahan termasuk santan dan bahann perasa biar mendidih dan tutup api...
Sediakan bihun & bahan hiasan yang lain sedia untuk di makan
P/s: untuk kuah laksa bergantung pada pekat @ cair yg kita nk ....(trpulang pada kita)

Selamat menjamu selera semua :)

No comments:

Post a Comment