CATERING majlis hakikah 28 september 2014

Assalamualaikum.. Alhamdulillah bersua kembali setelah berhempas pulas menyiapkan catering untuk 200 orang.. Syukur padamu ya allah atas rezeki yg engkau berikan...walaupun penat tapi happy sebab dapat juga menambah rezeki sampingan.. Di sini saya nak kongsi foto2 menu majlis hakikah.. Selamat menjamu mata ya :)

Proses memotong 2 ekor kambing.. Banyak la juga

Bahagian paha kambing huhuhu
Berpeluh juga nak siapkan hihihi

Ini adalah menu sambal goreng orang sarawak panggil...memang dorang minat sgt makan menu ni...so saya pun belaja la serba sedikit cara membuatnya...kalu nak resipi boleh apa salahnya kan tapi memang best sedap juga boleh la kan...ni kat bawah ada saya sertakan resipinya.

RESIPI: SAMBAL GORENG SARAWAK

BAHANNYA:
1kg PERUT & HATI LEMBU (direbus dahulu)
5biji Bawang merah(blen)
3 ulas bawang putih(blen)
2biji bawang bombay(blen)
Cili kering 50 sen (blen)
Halia sebesar ibu jari ×2(mesti kena byk tuk ngelak bau hanyir) (blen)
Lengkuas sikit dalam 4 hiris (blen)
Serai 2 batang ( blen)
1 tin Sos tomato puri 
3 sudu sos cili
Bahan perasa
Tauhu kering 1 peket
Sayur campur 1peket
Bawang besar di hiris panjang & cili merah di mayang 
Minyak tuk menumis

CARA2NYA:
1. TUMIS BAHAN YANG DI BLEN TADI HINGGA GARING MASUK SOS TOMATO & SOS CILI KACAU MASUK PERUT & HATI KACAU LAGI...LETAK SEDIKIT AIR ASAM JAWA & BAHAN PERASA..
2. BIARKAN HINGGA SEBATI DAN MASUK TAUHU KERING, SAYUR CAMPUR , BAWANG BESAR & CILI MERAH..
3. KACAU RATA DAN TUTUP API...
SO APA LAGI MASUKKAN LA DALAM BEKAS UNTUK DI NIKMATI BERSAMA FAMLIY SEKIAN
(SELAMAT MENCUBA )

Ini menu nya siap sudah..
Acar timun, sambal goreng, ayam masak merah, daging masak hitam & kari kambing kaw kaw

Baru nampak orang zikirnya hihihi
Alhamdulillah semua dapat fedback yg memberangsangkan dari semua yg menikmatinya...

Baru nampak tembikai nya hihihi
Kat sini memang meriah kalu bab majlis ni berbanding di negeri pantai timur kan..memang trbaik dorang ni kalu wat apa2 majlis la sentiasa meriah je

Ini la pembantu saya yang hansem kih kih kih...

  
Ini pulak pengawal peribadi saya selaku pembantu mamanya juga love u sayang

Sekian alhamdulillah dipermudahkan segalanya...

Ni satu lg nk kongsi dlm duk hiris timun trjumpa pulak timun kembar ni hihihi

2 biji trjumpa yg mcm ni hihihi Pakai je la kan

2 comments:

  1. salam kenal ^^

    amboi...bestnya makan2 ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong norliza ;salam perkenalan juga dari saya...alhamdulillah mmg best bab makan2 ni

      Delete