NASI KERABU IDAMAN KALBU (14 SEPTEMBER2014)

Assalamualaikum :)
Hari nie cuti hari minggu bila mode rajin  datang apa lagi main masak2 la JAWABNYA HEHEHE...apa pun semoga famliy saya happy dgn hidangan hari ini di sini saya nak kongsi menu hari ini.. NASI KERABU IDAMAN KALBU cam best je kan bunyinya...tapi hakikatnya memang best pun nasi kerabu ori kelate katakan hehehe

Ini lah NASI KERABU IDAMAN KALBU
Cam best je cam best je hehehe
Memang best tengok nie gambar pun dah menyelerakan lom lagi menikmatinya kan 

Ini nasi kerabu kuning ada solod lada lagi hehehe

Ini la sebahagian bahan nya

Opps budu dengan sambal lada jangan lupa
Kedua2 ni la yang akan menyedapkan selera kita 

Ini pulak macam2 leh buat pelbagai kan menu lauk pauk

Ini paling saya suka makan nasi kerabu lauk ikan celup tepung dengan telur masin tambah2 letak cili byk huh pedas lagi kaw menyelerakan

Ini nasi kerabu daging bakar pun sodap gak

Ini nasi kerabu ayam goreng berempah

Ini lah nasi biru tu yang di campur dgn pewarna biru & simpulan daun pandan 

Ini sebahagian yg orang order
Sebungkus rm5 (ayam rempah)
Kalu yang special mesti mahal kan hehe paling2 rm8 semua ada

So dah tengok gambarkan mesti teliur kan takpe la kat sini saya belanja u all resipinya la...kesian pulakkan,semoga awak2 semua mencuba resipi yang  best nie...

RESIPI NASI KERABU IDAMAN KALBU

BAHAN BAHAN & CARA CARA:
1. SAMBAL KELAPA
- (KEPALA PUTIH 1BIJI)
- DIGORENG HINGGA KEKUNINGAN KETEPIKAN
- TUMBUK IKAN BAKAR DALAM 2EKOR BERSAMA
- BAWANG MERAH (4BIJI)
- HALIA (BESAR IBU JARI)
- LADA HITAM (SIKIT)
Selesai tumbuk di gaul dengan kelapa tadi tambah juga dgn bhn perasa gula dan garam

2. KUAH TUMIS
- (SANTAN PEKAT 250 LITER)
- BAWANG MERAH (5BIJI)
- BAWANG BOMBAY (3 BIJI)
- BAWANG PUTIH (3ULAS)
- HALIA SIKIT
- CILI KERING AGK2 NK PEDAS @NAK MERAH LA SEMUA TU DI BLENDER)
DAN DI CAMPUR DALAM SANTAN TADI
- LETAK ASAM KEPING 1 DAN BAHAN PERASA GULA DAN GARAM
- DAN JGN LUPA SERAI SEBATANG DI TITIK YA DAN JUGA BUDU SESUDU & BELACAN SIKIT MASAK KUAH HINGGA MENDIDIH DAN PEKAT SEDIKIT

3. NASI
- (BASUH BERAS MACAM BIASA LETAK WARNA BIRU SIMPUL DAUN PANDAN LETAK SERAI 1 BATANG DI TITIK)

4. CILI
- (CILI PADI DI TUMBUK LETAK AIR ASAM LIMAU GARAM GULA KACAU SIAP)

5. BAHAN HIASAN
- ULAM -ULAMAN
- TELUR MASIN
- AYAM GORENG BEREMPAH
- DAGING BAKAR
- KEROPOK
- BAWANG JERUK
- budu (dimasak kejap)
IKAN CELUP TEPUNG 

FUH MEMANG TERANGKAT BILA MAKANNYA SELAMAT MENCUBA !!

No comments:

Post a Comment