Assalamualaikum semua...Ini adalah makanan fav saya. So apa lagi oleh kerana lama tak makan saya cuba buat sendiri...janji lepas la kempunan kan.. Ni gambar & resipinya...
SATAR KUALA BESUT
Isi ikan yg telah ditumbuk dengan bawang merah, halia, cili padi dan kelapa putih...
Isi ikan yang telah digaul sebati dan di kelosong masuk dalam daun pisang untuk di bakar
RESIPI SATAR KUALA BESUT
IKAN SARDIN 1KG( AMBIL ISI SHJ)
4 BIJI BAWANG MERAH
SEDIKIT HALIA
CILI PADI IKUT PADA KEPERLUAN NK PEDAS KE TAK
GARAM & GULA
AIR ASAM JAWA SEDIKIT
KELAPA PUTIH 1 CAWAN
DAUN KESOM SECUKUPNYA
CARA-CARA:
-IKAN DAN KELAPA DI GAUL DAN DI TUMBUK DENGAN BWG MERAH HALIA CILI PADI
-SIAP SEMUANYA LETAK AIR ASAM JAWA BAHAN PERASA DAN GAUL DENGAN DAUN KESOM TUK MEMBANGKITKAN AROMA SATAR TADI
-SIAP BOLEH DI BUNGKUS DAN DI BAKAR SIAP NGAP JE DALAM MULUT MEMANG MARVELOUS
SELAMAT MENCUBA!
INI HASILNYA:
Satar yang telah siap di bakar
Ini la rupa Satar. nampak tu..makan panas panas lagi sedap!
No comments:
Post a Comment