JALAN2 HUJUNG MINGGU SEBELUM BALIK BERCUTI DI KAMPUNG

Assalamualaikum semua...hari ni nk kongsi lagi foto jalan2 hujung minggu...al maklum asal balik cuti je pasti ada aje bermain dalam fikiran apakah benda yang nk di jadikan buah tangan tuk orang kampung.. So, jalan punya jalan singgah la di Batu 7 iaitu kilang membuat pasu... Apa lagi tertarik dengan corak dan reka bentuknya...memang cantik dan terpegun seketika...
Apalagi dah nama perempuan pantang tengok cantik mesti nk beli aje...kan so ambil keputusan beli yang mana berkenan je...pergi sampai 3 buah kilang pasu pulak tu...hihihi so enjoy
Kat bawah ni ada gambar pasu pasu sarawak...jom tengok!
Macam cantik je macam comel je...

Comel kan..kilang yang harga berpatutan

Kilang yang ini tempat tumpuan pelancong so harga nya pun ada up sikit la

Ini pun yang tempat tumpuan pelancong juga..tapi yang menariknya trjumpa pasu bentuk kasut tumit tinggi..so cute sangat

Ini juga kilang yang tumpuan pelancong juga..tapi tengok tu ada pasu tuk letak air mineral tau...cantik

Kan cam comel je..

Ini pulak kilang yang last kami pergi tapi rupa bentuk lain dari yang lain pasu2 nya tau tapi trpikat la juga..

Kawan2 perasan tak apa yang saya nk tunjuk kat sini tau ada yang menarik ni cuba teka...hihihi cam comel je pasu yang berbentuk par digunakan tuk hiassn buah2han @ leh juga ni di jadi tempat letak hantaran comel kan..ok lah di penat berjalan so balik rumah rehatkan badan..

Ini sahaja la yang dapat saya kongsikan di sini...semoga berjumpa di lain masa dengan entri entri yang terbaru dari saya...bye :)

RESEPI: SATAR KUALA BESUT

Assalamualaikum semua...Ini adalah makanan fav saya. So apa lagi oleh kerana lama tak makan saya cuba buat sendiri...janji lepas la kempunan kan.. Ni gambar & resipinya...

SATAR KUALA BESUT
Isi ikan yg telah ditumbuk dengan bawang merah, halia, cili padi dan kelapa putih...

 Isi ikan yang telah digaul sebati dan di kelosong masuk dalam daun pisang untuk di bakar

RESIPI SATAR KUALA BESUT
IKAN SARDIN 1KG( AMBIL ISI SHJ)
4 BIJI BAWANG MERAH 
SEDIKIT HALIA
CILI PADI IKUT PADA KEPERLUAN NK PEDAS KE TAK
GARAM & GULA
AIR ASAM JAWA SEDIKIT
KELAPA PUTIH 1 CAWAN 
DAUN KESOM SECUKUPNYA

CARA-CARA:
-IKAN DAN KELAPA DI GAUL DAN DI TUMBUK DENGAN BWG MERAH HALIA CILI PADI
-SIAP SEMUANYA LETAK AIR ASAM JAWA BAHAN PERASA DAN GAUL DENGAN DAUN KESOM TUK MEMBANGKITKAN AROMA SATAR TADI
-SIAP BOLEH DI BUNGKUS DAN DI BAKAR SIAP NGAP JE DALAM MULUT MEMANG MARVELOUS

SELAMAT MENCUBA!
INI HASILNYA:
Satar yang telah siap di bakar

Ini la rupa Satar. nampak tu..makan panas panas lagi sedap!

SEHARI BERSAMA MANTAN PENGERUSI PERKEP PPM W5 PUAN ROHAINI HARUN

Alhamdulillah :)
Sekejap je masa berlalu kan...hari ni dapat jumpa semula dengan mantan puan ROHAINI rasa seronok sangat maklum la dah lama juga tak bertukar2 ideal dengannya...dia seorang yg happy selalu..bukan senang nk jumpa dengan seorang pengerusi yg macam nie tau. Apa pun t.q sbb sudi luangkan masa tuk ziarah kami di rantauan ni...sayang puan.. Kat bawah ni ada gambar2 kenangan bersama beliau...
Laksa Sarawak Special

Bersama teman2 seperjuangan saya sayang kamu

Sahabat

PERKEP

Puan ROHAINI

Wefie kami

Wefie PERKEP

Selfie dengan puan intan kih kih kih kami serupa hobi

Bersama dengan  puan ROHAINI

Kenangan bersama rakan puan ROHAINI HARUN

Sekian ini saja yang dapat di kongsikan harini :)

RESEPI: LADA SOLOD KELANTAN

Assalamualaikum semua :)
Hari nie awal pagi dah ke pasar sbb nk cari cili fresh nk masak lada solod.. Alhamdulillah ada juga orang sudi menempah...tapi yg kurang bestnya kalu la lada solod yg sebenar ada jual di kuching lagi la seronok...sebab rasanya lagi sedap daripada cili merah biasa nie...tapi apa boleh buat dh tak de kan...jadi pakai je la cili merah biasa pun ok la...janji jd lada solod hehehehe.. Kat bawah nie kalu ada sapa2 nak resipi ada saya kongsikan di bawah nie.. Cuba la memang best.. SOLOD LADA NIE MEMANG FAV SAYA DARI DULU LAGI...

Ini la LADA SOLOD yang baru di sumbat

 Ini yang telah siap di masak

HOMEMADE LADA SOLOD KELATE
Buat sahabat di luar sana, cuba la nanti resipi nie, insyaallah jadi :)

RESIPI LADA SOLOD KELANTAN
Bahan-bahan:
20 biji Cili merah 
1biji kelapa parut putih
5 ekor Ikan sardin 
3biji bawang merah
Sedikit halia
Air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Santan cair dalam 1 senduk kecil untuk di masak bersama cili solod tadi

Cara cara:
-Ikan di ambil isi sahaja ketepikan..
-Tumbuk bawang merah, halia, isi ikan hingga lumat @ hancur..lepas tu gaul bersama kelapa putih td...dan tumbuk sekali lg hingga hancur sedikit...sesudah itu masuk kan air asam jawa gula garam gaul sebati menggunakan tangan...
-cili di belah dan di buang biji cuci dan tos kan airnya..ambil sedikit bhn kelapa yg sudah di tumbuk tadi dan sumbatkan ke dalam cili merah tadi...
-sesudah siap mssakkan cili tadi dengan sedikit santan cair dan secubit garam dlm 7 minit shj...dan angkat
Lada solod ini Boleh di makan bersama nasi putih & nasi kerabu...

Selamat mencuba! :)

RESEPI: CUCUR KEMBONG MANIS

Assalamualaikum semua :)
Rindunya dengan blog nie..lama dah saya tak jengok ke sini.. Al maklum la busy memanjang je sejak akhir akhir ni.. Hari ni saja mencuba resipi baru..yang tengah hebat di perkatakan di fb...SYUKUR ALHAMDULILLAH MENJADI NAMPAKNYA.. Jadi pagi nie saya saja mencuba resipi nie...
Tapi memang berbaloi mencubanya..memang sedap anak2 semua mengemarkan cucur nie.. Di sini saya kongsikan dengan kawan2 semua gsmbar & resipinya..

Bolat2 gitu tu yang anak anak menggemarinya


RESEPI: CUCUR KEMBONG MANIS

Bahan bahan:
 3 cwn tepung gandum
3 cwn air panas
1/2 cwn susu @ gula pasir
Sedikit garam

Cara cara:
-satukan semuanya kacau rata2..lepas tu sejuk kan sekejap
-bulat2 kan adunannya dan goreng seprti goreng cakodok pisang...
-mula2 api slow dan seterusnya kuatkan sedikit..goreng sampai kuning dan angkat
Boleh di hidangkan bersama tea o panas...
Hidangan ni boleh dihidangkan semasa minum pagi & minum petang

Selamat  mencuba!

HARI RAYA AIDIL ADHA 5 OKTOBER 2014 (10 ZULHIJAH 1435H)

Assalamualaikum sahabat semua... Saya ni suka sangat berkongsi apa yg saya lakukan.. Al maklum bukan apa hanya suka2 sahaja tak lebih dari itu...ini pulak saya kongsikan sambutan hari raya aidiladha di rantauan..memang sedih la tp apa leh buat kan dh tugas kepada negara katakan...tp saya happy juga sebab ramai kawan2 yg sudi hadir ke rumah kami utk meraikan hari raya bersama2 kawan2 di perantauan...memang penat tak trkata di buatnya sbb tak henti2 org brkunjung ke rumah dari pagi sampai ke malam...kami je yg buatkan meriah hari raya ni...sbb di sarawak dorang hanya sambut dgn famliy dorang sahaja ..tp kami pulak punya aktiviti lain lg kunjung mengunjung antara sahabat2 semenanjung kami sahaja...alhamdulillah trubat juga rindu di kampung halaman..ini saya kongsikan sedikit sebanyak kemeriahan sambutan aidiladha..

Ini pulak ketupat palas semestinya setiap tahun akan saya buat utk di hidangkan pd tetamu yg datang

Ketupas palas yg sudah di rebus

Ini tapai pulut selalunya kalu kami di sebelah pantai timur menggunakan daun getah utk membalut tapai tapi saya pulak guna daun pisang aje sbb di kuching ni susah nk cari daun getah katakan...

Ini ada lah nasi dagang fav kami semestinya setiap raya haji pasti hidangan ini yg akan di jamukan utk tetamu yg datang  

Nasi dagang beras merah.. Kelate punya

Gulai ikan tongkol

Para tetamu yg hadir

Kak Ina Sekeluarga

Tetamu

Sulinda sekeluarga

Ustazah Gie

Sazali & Mamu

Skuad

Kak wan & zai

Achiqzam

Menu raya

Menu raya kami

Video Izan anak zai :)

MAJLIS IBADAH KORBAN 7 OKTOBER 2014

Assalamualaikum...kita bersua kembali setelah beberapa minggu tak bersua...asyik busy je hihihihi mana tk nya kan..sambutan hari raya aidiladha sudah berlalu pegi sehari demi sehari...tapi walaupun aidiladha masuk hari ke 3 kami tetap gembira menyambut ibadah korban yg telah di adakan hari ini 7 oktober 2014...3 ekor lembu telah di korbankan hari ini di sini saya sertakan foto2 kenangan ibadah korban yg telah di adakan di MASJID DARUL HANA PASUKAN POLIS MARIN WIL 5 KUCHING SARAWAK...

Banner mesti di ambil utk kenangan

Saya & perkep

Pengerusi masjid & ajk

Bergambar kenangan anggota & pegawai ppm wil 5

Anggota PPM W5

Anggota , amanita & perkep ppm wil 5 bergambar kenangan

Perasmian ibadah korban bermula

Persediaan ibadah korban

Team perkep gotong royong

Ank mama pun tengok katanya

Seekor telah di tumbangkan

Suami ku tgh melapah daging paha lembu

Tengah mengeluarkan perut

Belek jgn tak belek

Ahli perkep tgh bertungkus lumus menyiapkan bhn2 utk di masak mkn tengahari

Pengagihan daging korban

Ini la ragam k.a.m.i

Senyum

Sambil makan sambil selfie
Hehehe

Gelagat kami bila dah boleh makan macam ni pulak hahahaha

Senyum lagi

Masa utk makan tengahari keje keja juga perut perlu di isi kan

Menu tengahari 

Ini la sedikit sebanyak yang dapat saya kongsi kan utk tontonan semua semoga berjumpa lagi majlis ibadah korban di tahun 2015 pulak..
Alhamdulillah